Ashes of Love

Akhirnya,berjaya juga recover password blog ni. Kalau tiada siapa nak baca pun, saya tulis untuk ingatan diri sendiri. Tulisan saya kali ini mungkin tidak sebaik dan secantik 5 tahun dahulu. Ya, manusia berubah, saya juga....bertambah tua lagi...dulu guna komputer sekarang tablet sahaja.

Lama juga saya gunakan platform facebook untuk review drama tapi tak sama kepuasan dgn menulis di blog. Bertahun dulu, saya memang peminat tegar drama Korea, tapi termasuk tahun 2020 sudah 3 tahun saya beralih minat  menonton drama2 dari tanah besar China. Saya ingat lagi saya memulakan blog ini dengan sinopsis Da Ren Wu yang saya sendiri lupa berkisahkan apa, drama Cina juga. Kali ini, comeback blogging, saya mulakan dengan drama ‘Ashes of Love’ atau tajuk lain ‘Heavy Sweetness,  Ash like Frost’, tak tau lah maksud apa sebenarnya mungkin direct translation chinese.

Saya rasa semua orang tahu, drama2 dari Tanah Besar China episodnya banyak, average 50 episod untuk satu2 drama, jadi untuk setahun , sekiranya ‘on going’ drama, saya hanya mampu menonton 3 sahaja....itupun bergantung pada moment2 yang menarik hati saya untuk teruskan ke penghujung drama, kalau tidak ia hanya jadi drama pertengahan jalan. Drama ini juga antaranya, saya berhenti 1/3 dari keseluruhan episod hanya recently saya akhinya bertemu penamat. Saya bermula tahun 2019 dan berakhir tahun 2020, lama sekali.Itupun selepas saya silangkan dengan drama ,The Untamed.

Review saya

Ashes of Love, drama Cina paling banyak ditonton tahun 2018. Barisan pelakon2 paling top tahun itu, Deng Lun dan Yang Zi, Leo Luo yang membawa watak RunYu adalah  muka baru yg diperkenalkan melalui drama ini...Orang kata pengarah kena jackpot bila Leo Luo membawa watak Run Yu. 

Drama ini kisah cinta Xu Feng dan JinMi. Dari awal ke akhir, walaupun banyak konflik cinta terhalang....walaupun harapan saya, JinMi memilih RunYu, ia digarap begitu rupa supaya tiada tidak2, JinMi dan Xu Feng adalah pasangan sehidup semati sehingga ke penamat episod. Akal dan perasaan saya tidak membenarkan ini, katalah saya ‘biased’ tapi apa yang saya tulis selepas ini adalah pendapat saya tentang perjalanan drama ini.

Penonton yang biasa dengan drama Cina terutama wuxia dan fantasi pasti tahu, dunia kayangan dengan dewa dewi, dunia demon..Drama ini pula bermacam2 alam dan puaknya. Bermula dengan Xu Feng/ Phoenix terjatuh ke alam Flora selepas pertapaan dan diselamatkan oleh pari2 JinMi. Xu Feng membawa JinMi ke alam kayangan untuk menjadi pembantunya dan bermulalah episod cinta 3 segi. JinMi sebenarnya anak kepada Water Immortal yang telah ditunangkan kepada  anak pertama Heavenly Emperor, Runyu. RunYu abang tiri XuFeng adalah seorang pendiam dan suka bersendiri berbanding Xu Feng yang ceria,agak berlagak dan playful orangnya

Walaupun hampir ke penghujung cerita, disingkapkan RunYu adalah mastermind kepada apa yang berlaku ke atas JinMi dan Xu Feng, saya tidak fikir pertemuan awal RunYu dan ayah JinMi  permulaaan manipulasi RunYu ke atas JinMi. RunYu hanya mula memberontak apabila Ibu kandungnya dibunuh, apabila dia sedar dia tak sepatutnya lahir ke dunia, ibunya diperguna ayahnya atas dasar politik , menguatkan kuasa untuk jadi pemerintah. Obsesinya bertambah bila tunangnya, JinMi jatuh cinta dengan XuFeng. Apa yang  Jinmi dan XuFeng lakukan sekembali dari ujian immortality di dunia manusia bukanlah sesuatu yg boleh dimaafkan. The Night Immortal tahu semuanya, dia yang mengawal malam. Berkali2 menyelamatkan JinMi hingga menghabiskan kuasa saktinya dan separuh cultivation.

Run Yu seorang yang sunyi pada awal cerita tapi sepanjang  drama dia masih keseorangan sebenarnya. Keceriaan JinMi pada awal drama bagai sinar  kepada Run Yu. Dia berpegang kepada hangatnya perasaan itu dan akhirnya obses dgn JinMi. Watak JinMi bukanlah watak yang saya sukai, pada saya dia seorang yang tak tentu arah dan ikut perasaan dan mudah menyalahkan orang lain. Kenapa saya tak sebut XuFeng, watak itu lurus sahaja tiada yang menarik untuk diceritakan.

Babak paling saya suka, apa yang terjadi semasa majlis perkahwinan RunYu dan JinMi. Walaupun saya jangka RunYu akan membunuh ayahandanya pada hari itu tapi saya tak jangka RunYu stand up begitu tegas sekali berpegang prinsip either win or die, i take my chance.

Comments

Popular posts from this blog

Found you